Taman Perumahanku Ceria Dan Surau Ku Bersih
PENDAHULUAN
Gotong royong adalah satu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat sukarela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah, ringan dan menjimatkan. Sikap gotong royong itu seharusnya dimiliki oleh seluruh elemen atau lapisan masyarakat yang tidak mengira pangkat dan darjat.
Adanya kesedaran setiap elemen atau lapisan masyarakat dalam menerapkan perilaku gotong royong maka hubungan persaudaraan atau silaturrahim akan semakin kuat lagi akrab. Selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973 oleh kerajaan. Gotong royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilal sosio ekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa 1 Malaysia.
OBJEKTIF
Meningkatkan rasa kekitaan, jatidiri, rasa keprihatinan dan menyayangi sesama ahli persatuan, pasukan sukan, tempat kerja, individu dan masyarakat amnya disamping membantu hasrat kerajaan untuk meneraju negara maju terus kehadapan dalam era giobalisasi ke arah menjayakan wawasan 2020.
Melahirkan rasa keinsafan yang tulin serta merapatkan ahli persatuan, pertubuhan, individu dan masyarakat kepada Masjid dan Surau bagi memupuk nilal-nilal murni yang suci serta dapat meningkatkan taqwa.
Mewujudkan kesan positif aktiviti-aktiviti gotong royong bagi menangani kebersihan, kesihatan dan gejala-gejala sosial songsang dalam masyarakat (kehidupan harian), seperti zina, sumbang mahram, arak, lumba motor (merempit), ragut, perjudian, dadah dan pecah rumah. Lebih-lebih lagi gotong royong akan melibatkan penglibatan menyeluruh persatuan, pertubuhan, agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan, individu dan seluruh masyarakat setempat yang terlibat dalam menjayakan aktiviti -aktiviti yang di anjurkan oleh mana-mana pihak sekalipun.