Fundraising Event
Image

JOM BANTU

  • 14/05/2025 - 31/12/2025
  • Malaysia
MYR 0
0% Complete
Target : MYR 50,000

About Event

YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA (YFBM) ditubuhkan pada 7 Januari 2019 sebagai Organisasi Kebajikan Bukan Kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan. Yayasan Food Bank Malaysia berhasrat menjadi pemangkin kepada usaha mengurangkan sisa makanan dan menangani isu peningkatan kos sara hidup khususnya golongan miskin dan B40.

Kami berusaha untuk menyelamatkan lebihan makanan dari pengilang, pemborong, pasar raya besar dan industri hotel dan memberi semula kepada komuniti B40 yang disasarkan dan telah dikenal pasti melalui rakan strategik kami untuk mengurangkan sisa makanan dan membantu meringankan dan mengurangkan kos sara hidup mereka. Komuniti yang disasarkan adalah seperti pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT), asnaf , miskin tegar, miskin bandar, miskin pedalaman, nelayan, penoreh getah, orang asli dan rumah kebajikan.

Layari website kami untuk maklumat lanjut www.yfbm.org