Solo

I'm making a difference by raising money for a cause close to my heart. Please support me by donating.

My Story

TUJUAN KERTAS CADANGAN : PERMOHONAN BIAYAAN PROJEK BINA SEMULA & NAIK TARAF RUMAH RAWATAN DAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI “KARISMA RECOVERY CENTRE  

Kertas cadangan ini adalah bertujuan bagi memohon peruntukan untuk menampung kos projek pembinaan semula dan penaik-tarafan Rumah Rawatan dan Pemulihan Karisma Recovery Centre bagi menggantikan dan menaik taraf sebuah rumah kampung yang telah uzur. Dengan keluasan tapak projek 11/2 ekar (satu setengah), lokasi tapak projek adalah di alamat P.62 Kg. Lamir, 26620 PEKAN, PAHANG; kira-kira 23 minit perjalanan dari Kuantan menuju ke Pekan, Pahang.
   
                                                 
Jika projek ini siap kelak, “Karisma Recovery Centre” mampu menjadi wadah pembentukan komuniti mampan  serta berupaya memuatkan sehingga 30 orang penghuni pada satu-satu masa. Tapak rumah yang mempunyai keluasan tanah setengah ekar dijadikan tempat untuk aktiviti Program Pemulihan, Program Terapi Pekerjaan, Program Kerohanian dan Jatidiri serta kumpulan Sokong Bantu. Terdapat kawasan depan dan belakang yang luas untuk pembinaan tapak Industri Kecil dan Sederhana serta gerai buah-buahan dan  jus minuman di masa akan datang. Lokasi tapak “Karisma Recovery Centre” yang terletak bersebelahan Masjid Al-Amin Kg. Lamir yang menjadi pusat aktiviti keagamaan dan sosial penduduk setempat. Manakala terdapat tanah seluas satu ekar lagi di seberang jalan sehingga ke tebing Sungai Pahang Tua yang boleh dijadikan sebagai tapak agro pertanian dan penternakan dijangka boleh menjadi kerangka Pelan Strategik Pembangunan Organisasi agar terus berkembang maju  dan berdaya saing (“Self-sustainable”) pada masa akan datang.

Recent Donors

Comment via Facebook